Friday, March 18, 2011

situsanasini Auckland (2)

3rd day (Auckland – Wakworth)

Pagi-pagi lagi mama dah bangun masak spaghetti buat bekal perjalanan harini, hari ketiga kami plan nak ke SheepWorld yang terletak di Wakworth. Pagi tu hujan renyai-renyai tapi sikit pun tak menganggu mood kami untuk meneruskan perjalanan ke sana.. Perjalanan mengambil masa satu jam. Pemandangan yang sangat indah dan kali ni kami melalui bahagian pantai iaitu Orewa yang akan kami singgah ambil gambar selepas balik dari sheepWorld nanti. Di SheepWorld ni terdapat pelbagai jenis haiwan yang dipelihara sebagai haiwan ternakan di kebanyakan kawasan ternakan di New Zealand, oleh sebab namanya pun SheepWorld obviously kambinglah yang menjadi tumpuan kami pada hari tersebut.

Pelbagai jenis kabing biri-biri yang ada di SheepWorld

Itik, ayam belanda, angsa....dan sama waktu dengannya

my little pony...

Besar kan ayam betina ni?!! agaknya dia makan burger kot

Sesampai di SheepWorld, oleh sebab hujan dah turun..kakitangan SheepWorld memberikan kami payung dan mengalu-alukan kami untuk melawat ke kawasan kandang-kandang tuh…heheheh, menarik sebab ayam kat situ besar saiznya…iiissshhh, tak pernah pulak jumpa ayam betina besar size jumbo!!.. ada kuda, itik, pelbagai jenis kambing biri-biri, rusa, b.a.b.i  pun ada…heheheh, menarik-menarik..Di sini bukan tengok haiwan dalam kandang jer, tapi ada jugak penerangan dan pertunjukkan mengenai kambin biri-biri bagi tujuan mendapatkan bulunya yang mempunyai banyak kegunaannya..Proses mengeluarkan bulu biri-biri ni pun ada ditunjukkan, kesian aku tengok kambing tu mesti dia nangis sebab orang suma tengok dia tak berbaju..sian dia. 

expert showing sheep shearing..sian dia


Explanation on types of sheeps here in SheepWorld
 
The fun part was to give milk to anak kambing biri-biri…they are so cute!!! Seriously once in a life time experience, rasa macam jakun giler.. hehehehe.. 

bestnyer, milk feeding!!!
 
Gambar kenang-kenangan di SheepWorld

Lepas habis pertunjukan, kami jalan-jalan ke kedai souvenior tengok local product seperti manuka honey, produk susu kambing macam sabun, syampoo, lotion dan macam-macam lagi lah…banyak sangat kalau nak sebut satu-satu..Before we leave SheepWorld, we had a small picnic kat situ, makan spaghetti yang mama masak tadi, udara kat kawasan terasa nyaman, sejuk dan segar sangat. Mungkin sebab waktu kami sampai hujan, so cahaya matahari tak terik. Lepas makan, kami amik gambar dan meneruskan perjalanan balik ke Auckland. Seperti yang dah dirancang pada awal tadi, kami singgah di kedai buah buahan di tepi jalan. 

Kedai buah-buahan on the way back to auckland

Besar dan segar buahan-buahan kat sini

sayur-sayuran pun ada banyak pilihan

sungai dan pemandangan yang tak dpat dilupakan

Segar betul buah-buahan kat kedai ni, kalau diperhatikan ada lading epal di belakang kedai ni, no wonder la apple kat sini suma segar-segar. Mama dengan abah paling excited, abah beli sampai 2 pack apple..banyak tu…sapa la nak makan nanti..

dah nak sampai ke Orewa

Kami singgah lagi untuk ambil gambar dan closer look at the Orewa Beach, takde sapa pun kat beach tau tak sebab apa? Sejuk tak hingat…baik dok rumah minum kopi lagi best…New Zealand ni memang cantik laaaaaa….tengok kanan ke, tengok kiri ke, suma cantik..sejuk mata memandang.

Cantik kan?!! Orewa Beach

Sesampainya kami ke Auckland, kami singgah dulu ke Food Court untuk makan malam, kami makan pasta pulak..sebab suma orang dah penat. Kena rehat awal sebab esok pagi-pagi kami akan ke Queenstown iaitu south island yang kata orang pemandangannya seribu kali indah dari north island...betul ke?!! my flight was the earliest one, terpisah dengan suma orang...heheheh terbeli dulu online..so padan muka kena gi sorang-sorang ke airport pagi-pagi buta....tapi transit di Wellington...


jalan-jalan cari makan