Tuesday, February 22, 2011

situsanasini new zealand (1)

Friends…kengkawan
Perjalanan ke Auckland, Queenstown, Christchurch dengan abah, mama, aishah dan bibik mizah…best tuuuu. Percutian yang mengambil masa 8 hari, kami mengembara dari north island ke south island, pusing habis…sebab tak tau lagi bila lagi ada rezeki nak jalan ke sini. Ticket promo yang paling murah time tu adalah Royal Brunei ke Auckland tapi harus transit ke Bandar Seri Begawan (Brunei) dan Brisbane (Australia) barulah sampai ke Auckland, nak tau brapa jam baru sampai….lebih kurang 18 jam…tak larat nak duduk!!!! Bangun tidur, bangun tidur masih tak sampai nasib baik ada cerita best kalau tak mesti nak mengamuk punya…
Balai menunggu, Brunei International Airport (1st transit)

Brisbane International Airport Australia (2nd transit)

Muka ceria lagi gembira .... everybody is wearing brown
Waktu kami ke Auckland tu time summer so beza waktu dengan waktu di Malaysia adalah lebih kurang 5 jam, siang lebih panjang daripada malam…Travelling kali ni pun budget jugak sebab kami share 4 orang so jimat belanja, aishah dah memang kat Auckland so dialah guide kami…tu pun dah kira free tau…hehehhe.. dalam post kali ini..travelling ni akan mengikut hari travelling jadi tak pening nak cerita.. sebab banyak gambar nak dikongsi. 

Arrival day (Auckland)
Perjalanan ke Auckland yang mengambil masa 18 jam akhirnya berakhir, kami sampai di Auckland International airport lebih jam 3 pagi waktu new Zealand… aishah dah arrange kan cab untuk jemput kami ke rumahnya. Sesampai je apa lagi acara tidur berlangsung…penat tak terkata. Terjaga dari tidur, aishah dah buat breakfast …yeah ada kopiiiiii… dengan pening-pening aku bangun dan terus ke balcony 
Dari balcony rumah aishah...

Parking space

Aparment terletak di lereng bukit...curam tuuu

waaaaaa…segarnya udara kat sini, walaupun summer masih sejuk lagi..waktu kami sampai di airport tu suhu adalah 10˚C..hehehhe, macam dalam fridge tu…
Mama suruh mandi dan siap-siap sebab katanya rugi tak jalan-jalan sekejap…alaaaaa..pening lagi, tapi sebab takut mama tarik muka..dengan segeranya aku mandi dan tukar baju…rupa-rupanya abah dah keluar amik angin dulu sebab tu mama jealous muahhahaha!! So kami pun jalan-jalan ke kawasan university, albert park, Bandar Auckland dan window shopping…

Sky skraper, on the way to auckland uni

dah sampai pun, Albert park

Cantik betul bunga, tau tak sebab apa?!! sebab colour purple laa..

we walked to the city centre

merry christmas!! banyak sale

kami jalan sampai ke harbour, abah and his red cap

We had our lunch di rumah classmate aishah, orang iran… baik betul hati diorang ni jemput kita orang makan kat rumah dia. Aishah’s friend mahsa and her husband menanti kedatangan kami dengan senyuman hehhehe, kami lagi la senyum lebar sebab dapat makan free, home made lagi tu..masakan iran jangan… konon-konon nak naik bas…tunggu punya tunggu bas tak muncul-muncul, aishah called her friend, tak sampai pun 5 minit ada 2 kereta jemput kami…yeeeehaaaa!! Tak payah tunggu lagi..

Sesampai kat rumah mereka…food dah tersedia, lepas buat introduction sikit tuan rumah oun ajak kami makan… apa lagi makan le..  makanan orang iran best jugak...ada kebab, pita bread...macam-macam la, pendek kata memang best makan sambil borak-borak..tak rushing..sebab cuti kan, hehehhe

food..food..fruits..chocolates..

aishah's friends

food lagi.........best!!!
Lepas balik dari rumah kawan aishah, kami pun jalan-jalan makan angin di bandar auckland.. hari pun dah nak gelap so temperature pun drop juga.. tapi ok lagi... lepas penat jalan-jalan kami ambil bas dan balik ke rumah... tak sabar esok, nak jalan jauh...tapi abah yang drive so rilex jelah!!

jalan-jalan makan angin..



ingat lagi masa ni dah start sejuk...


2nd day (Auckland - Rotorua)

Hari kedua ni kami bergerak jauh sikit, keluar dari Auckland menuju ke Rotorua..Kami sewa kereta sebab memandu di New Zealand ni tak complicated sebab semua jalan di sini mempunyai papan tanda tempat yang terang dan senang diikuti.. setiap highway menuju ke suatu tempat akan diberikan kod warna dan nombor dan InsyaAllah tak sesat, kalau sesat tak payah risau sebab the local people sangat membantu dan friendly. Jalan kat sini tak jam langsung dan orang tak berebut-rebut nak potong kereta kita walaupun kita perlahan. Pemandangan pula, subhanallah cantik tak terkata, jadi memandu ke Rotorua tak penat sebab kiri kanan jalan hijau…luas betul padang rumput dan sekali sekala lalu kawasan ternak kambing..

Perjalanan ke Rotorua, pemandangan yang membahagiakan

Padang rumput yang luas terbentang
Kami berhenti amik gambar kat pekan ni

Pekan koboi je... friendly local people

Perjalanan menaiki kereta ke Rotorua mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit, kalau berhenti ambil gambar macam kami ni… biasalah akan ambil lebih masa sikit. Apa yang ada di Rotorua ni sebenarnya?!! Rotorua bukan sahaja terkenal bagi pelancong luar negara macam kami tapi juga untuk pelancong dalam negara. Rotorua terkenal kerana aktiviti geothermal macam hot termal spring dan bubling mud pool. Macam mana kita nak tau kalau kita dah sampai, senang je… bila kita dapat bau satu macam je..bau sulphur haaaaaa, sah la tu dah sampai. Kami menuju ke Whakarewarewa village untuk melihat persembahan budaya dan bagaimana kehidupan orang maori yang tinggal di kawasan yang kaya dengan geothermal aktiviti ni..

Maori cultural show...

Persembahan yang menarik, nice costume ha..

Gunakan sebaik mungkin kurniaan tuhan...food steamer

nama kolam panas ni parekohuru..

Menariknya tentang Whakarewarewa village ni, mereka yang tinggal di dalam kampong ni adalah bersaudara (related) atuk, nenek, makcik,pakcik, sepupu, dua pupu…hehehehhe semua la kerabat diorang kat sini.. Cuma ada 2 cultural show diadakan dalam satu hari so plan your trip sebab rugi kalau dah drive 3 jam tapi tak dapat tengok show (11.15am and 2pm…if I’m not mistaken entrance ticket for an adult adalah $29 NZ dollar..banyak yang kita bole belajar daripada orang maori ni, budaya, sejarah, kehidupan seharian…pendek kata syok lah!!

dewan serbaguna diorang..cantik carving pada tiang


comel !!!

Kami singgah di pekan rotorua untuk beli souveniour sikit-sikit, especially fridge magnet lah kan... maklum suka kumpul lepas jumpa apa yang diingini, kami balik ke auckland...   








situsanasini Bandung (2)

Friends...kengkawan

Seterusnya jalan-jalan di Bandung diteruskan ke Tangkuban Perahu. Gunung berapi yang sampai sekarang masih aktif dan aktivitinya diawasi 24 jam.. Pusat pelancongan yang terkenal di Jawa Barat, Indonesia..Tertarik dengan kawah gunung yang dalam dan terbuka selain daripada pemandangan yang tak dilupakan.. , lepas makan sarapan yang ringkas di hotel, macam biasa pak supir datang tepat pada pukul 9 pagi..perjalanan ke tangkuban perahu yang jaraknya lebih kurang 25 kilometer dari utara bandung. Di sekitar kawasan kawah ni terdapat ramai peniaga yang menjual cenderamata dan ada juga yang membuka kedai makan..



Perkara yang menarik perhatian adalah buah strawberry yang banyak dijual disini, kena pandai tawar kalau tak kena sembelih la.. strawberry yang dibeli tu manis rasanya, puas hati sangat... harga boleh tahan la. Perkara yang membuatkan rasa tidak selesa adalah penduduk tempatan yang menjual souveniour seperti key chain, rantai dan lain-lain ni kadang-kadang memaksa dan mengikut ke mana kita pergi..so friends bila dah sure apa yang nak dibeli baru tanya atau tawar-menawar..kalau tak kita akan rasa terganggu bila mereka mula mengekori kita, so watch out friends!!




Suasana pagi yang sejuk dengan angin sepoi-sepoi ni memang akan sentiasa diingati..udara yang segar, bau makanan panas yang dijual di tepi kaki lima memang tak tahan..semuanya nampak sedap. Ramai yang ambil gambar di sekitar kawah buat kenang-kenangan, di samping tu boleh naik kuda or poney di sekitar kawasan tempat letak kereta kalau tak larat nak jalan...hehehehe




Monday, February 21, 2011

situsanasini bandung (1)

Friends... kengkawan...

Perjalanan diteruskan ke Bandung, seperti perjalanan pergi..it took around 6 hours to bandung....rehat di hotel sebab esok...banyak lagi tempat yang akan dilawati.....

Pagi tu memang bangun awal giler, excited la kan... seperti yang telah diplan dengan eriek sebelum through ym...the first destination was kawah puteh, situated in Ciwidey..Apa yang ada kat kawah puteh ni, sebelum pun nampak kawasan kawah puteh ni kita dan pun boleh bau sulfur yang kuat...sebenarnya tempat ni adalah kawah gunung yang tidak aktif, terletak kira-kira 35 km daripada bandar bandung. Pemandangan kat sini sangat cantik kerana warna air kawah disini sangat biru dan kadang-kadang berubah warna mengikut cahaya matahari...Tak ramai tourist yang datang ke sini, ramai yang datang kesini adalah local tourist...

Dari pembacaan, tempat ni dulu takde siapa yang nak datang sebab orang tempatan menganggap tempat ni angker atau berpuaka...kata orang dulu kalau burung melalui tempat ni akan mati...tau tak sapa yang menjumpai tempat ni?! kawah puteh ini dijumpai oleh Dr. FranzWilhelm Junghuhn (1809-1864). Kalau datang bandung jangan lupa datang sini tau...hehehe rugi kalau tak datang sini tau...

kawah puteh yang sejuk mata memandang


Air tasik dalam kawah ni berubah-ubah warnanya
kesan daripada cahaya matahari


Mesti amik gambar kat signboard ni... 
wisata tu apa?
wisata tu tempat pelancongan


Lepas puas habis ambik gambar...perut dah bagi signal, lunch time!! yeeaahh...kami dah buat sikit research banyak local people promote untuk datang makan di warung lela ni...so kami minta tolong pak supir untuk hantar ke sini, sesampai di gerai laila..kelihatan ramai local people...decor gerai yang menarik...so kami pun mebelek-belek menu yang diberikan, check this out...

menu yang ringkas dan harga yang affordable..
. masa menunggu pun tak lama


     dessert yang banyak options...

ramai yang makan kat warung ni...
decor yang menarik..cozy

 
ni nama dia mie baso special (daging)
mie soup ayam
nasi tien ayam

my favourite..tiramisu ice cream cake

chocolate mousse

tak tau nama apa...tapi diperbuat daripada beras

Warung Lela ni macam restaurant kopitiam kalau kat malaysia, menu yang ringkas..food presentation menarik...semua food yang kami order rasanya, best!!! harga yang affordable...pendek kata for me it was awesome!! personally i love the dessert.. tiramisu cake..teringat-ingat sampai sekarang. Waktu makan, angin kuat dan langit mendung...nampaknya nak hujan.... it was unforgettable experience...kedudukan warung lela yang di atas bukit...so u can see the whole scenery...Lepas selesai makan...tunggu hujan berhenti sekejap, baru bole gerak ke kereta, the next stop was Saung Angklung udjo..Saung udjo??!! apa tu? Saung anklung udjo adalah sekolah kesenian di bandung yang mengajar pelajarnya menggunakan alat muzik tradisional terutamanya angklung.... Oleh kerana hujan semasa dalam perjalanan tadi...jadi macam biasa lah kan macet (traffic jam).

Saung Udjo ne tempat yang patut dilawati kerana banyak yang kita akan belajar mengenai angklung and also u will have the chance to play angklung, as well as u will be entertained by the students from as young as 5 years old..kalau nak tau lebih lanjut please cari address ni ya kawan-kawan
http://www.angklung-udjo.co.id/.. later i will share a short video on the show.


sebelum persembahan bermula



the senoir students showing their talent playing angklung


Destinasi lepas saung udjo ialah rumah kakak eriek, eriek bagi tau yang kakak dia telah sediakan makanan tradisional orang-orang di Bandung, honestly, i totally forgot all the names of the kuihs..sorry ya..makan!!! kebanyakan kuih ni pulut so cepat je dah kenyang, kemudian sambil borak-borang, abang ipar erik ajak gi makan bakso yang sedap dan famous di bandung, bakso enggal malang...nama je malang tau sebab asal bakso ni dari malang...heheheh makan lagi... dari rumah kakak erik, perjalanan ambil masa 15 minit untuk sampai ke sini. Ramai yang beratur untuk makan bakso, kedai ni besar jugak..malam-malam sejuk jugak di bandung ni especially kalau hujan, so makan bakso panas-panas memang syok..

kuih-kuih tradisional di bandung...di rumah kakak erik

tak ingat nama apa, macam yong tau foo..
tapi kuah manis tapi cair

ramai yang beratur nak dapatkan
bakso enggal ni...

beginilah rupanya...bakso yang enak lagi sedap!!!

kakak dan abang ipar erik

kedai bakso enggal yang famous di bandung
...jangan lupa singgah tau bila datang sini
Bakso ni best la rupanya, no wonder ramai yang datang sini...abang ipar erik bagi tau, ramai orang jakarta yang akan datang ke bandung untuk makan-makan di hujung minggu, minum petang makan kek di bandung.. sebab kat sini banyak kek sedap..contohnya kek kukus amanda... memang sedap tidak dapat dinafikan lepas dah cuba sendiri..
kek kukus amanda yang dibeli di bandung

ni pun hanya dijumpai di bandung...
bagelen bandung..best juga
The next visit is Tangkuban Perahu.... the next post i will share with all of u about my experiences and few photos...