Saturday, February 12, 2011

situsanasini cirebon (2)

friends..kengkawan..

OOOpppss terlupa pasal keraton terakhir yang kitaorang lawati, keraton kecirobonan..panjang betol nama keraton tergeliat lidah nak sebut, anyway nak dijadikan cerita waktu berjalan-jalan dan mencari keraton kami pun bertanya dengan orang yang lalu lalang... bila ditanya kat mana keraton tu..dengan mata yang terbuka luas mereka menjawab " keraton yang angker itu?"...ngeri pulak bila diingat balik.. kata-kata tu tak mematahkan semanagt kami mencari keraton tu... sesampai je kat depan pintu gerbang....kami tak teragak-agak untuk masuk kedalam..... sampai je kat depan bangunan keraton ada beberapa gambar potret yang tergantung di dinding....tetiba rasa seriau, bulu roma pun naik...seram satu macam...seolah-olah gambar potret itu merenung tajam ke arah kami...rasa macam nak lari tapi control ayu lah kan...terus bagi isyarat kat erik....jom keluar dari situ...... keraton ni mungkin betul angker (berhantu)...

Oleh sebab hari tu hari jumaat dan dah nak dekat masuk waktu zohor, kami pun mengambil keputusan untuk bergerak ke masjid....solat jumaat lah kan...lepas tu erik cakap lepas solat kita cari makan lagi!! yabedabeduuu!!!...kalau pasal makan, perasaan seram tadi terus hilang...muahahaha, kami naik angkutan lagi sebab nak cepat....jom kita tengok masjid besar kat kota cirebon ni...

Kawasan Masjid di Kota Cirebon

lepas solat jumaat, seperti yang dijanjikan....jalan-jalan cari makan. Di Cirebon ni ada makanan special..kat sini panggil makanan khas cirebon....kesemuanya telah dirasa...memang sedap dan unik, tak jumpa kat malaysia nih kena datang sini cuba...

Macam nilah rupa kedai nasi jamblang yang famous kat kota cirebon ni..teratur

seronok tengok uncle ni makan...lapar lepas solat jumaat

Lunch, Nasi Jamblang...kami makan nasi orang sunda... dibalut dengan daun jati...

Nasi jamblang....

kepelbagaian lauk disini...i'm not that adventures...kalau warna pelik je sumpah tak amik

Tahu gejrot...yang ni best tau..tofu manis dan masin, pedas

Mie koclok, yang ni macam laksa kuah pekat giler...
Makan semuanya lepas tu rasa nak muntah...terlalu banyak makan...kalau tak makan nanti teringat-ingat bila dah balik kuala lumpur nanti, anyway satu hari satu malam di cirebon mesti dimanfaatkan... malam ni kami nak gerak ke bandung pulak....tak sempat pulak nak cuba, kat bandung takde makanan ni..Lepas makan, kami naik angkutan nak melawat keluarga erik pulak, jauh jugak rumah mamat ni..dalam 45 minit perjalanan... erik kata mak dia dah siapkan makanan untuk aku...hehhehe makan lagi...sampai nak meletup perut ni haaaa, jauh masuk ke pedalaman.. i dont think tourist akan masuk sepedalaman ini unless ada kawan-kawan local yang bawa...

angkutan kota..on d way ke rumah erik

dah sampai dah....

makan lagi..paling best tu..nampak tak mangga tu..manis giler..ya Allah perut nak pecah ni

ni erik dengan vera (adik erik) bungkus ole-ole untuk aku balik kl....baik betol diorang ni
rumah erik ada jam antik ni....

Ni mak erik.... borak-borak petang...nice family!!
 Lepas bersiap-siap di rumah erik, lewat petang kami terus ke stesyen bas untuk ke bandung semula...selamat tinggal kota cirebon...tak tau bila boleh datang lagi... Bandung!!!  here i come!! yiiihaaaa!!

situsanasini cirebon (1)

friends...kengkawan..

Sebelum cerita jalan-jalan di bandung....nak cerita dulu my trip to cirebon. CIREBON?!!  where in the world is this place.. sebenarnya tak plan pun nak ke sini, tapi my friend eriek told rugi kalau tak kesana sebab tempat tu bersejarah.... as soon as i landed kat Bandara Hussein Sastranegara Bandung Airport....lepas claimed baggage, dah nampak eriek tunggu kat pintu keluar, punyalah excited. Terus amik cab dan gegas ke Stesyen Bus nak menuju ke Cirebon...hometown eriek...oh ya lupa nak cerita mana la agaknya cirebon ni, Cirebon ni terletak di Jawa Barat, kota pelabuhan,  kalau naik bas adalah lebih kurang 6 jam perjalanan.... jauh giler tuuuuuu....



Sesampai di Bandar Cirebon, terus check in kat hotel yang kedudukannya bersebelahan je dengan stesyen bas, hotel amanah, budget hotel.., lepas check in janji dengan eriek yang dia akan datang balik hotel keesokan pagi around 8am iaitu 9am waktu malaysia...sebenarnya hotel ni scary giler....sorang2 kat bilik memang sangat2 menakutkan, padan muka sapa suruh pegi sorang....hahhahaha..cepatla siang hati ni berbisik, tak keluarkan satu benda pun dari beg manalah tau kan, kalau jadi apa-apa bole senang lari. Maklumla kan malam pertama jadi asyiknya tersedar, buka tv ada cerita hantu pulak...iiissshhh tau-tau je aku ni tengah sorang-sorang, kurang asam betul...

Yabedabeduuuu!!! dah pagi.... apa lagi buat apa yang patut dan bersiap sedia untuk cabut...sambil tunggu erik kat lobi diorang served breakfast. Penduduk tempatan di kota cirebon ni kebanyakannya adalah orang Sunda, ada orang jawa jugak.... so mostly they speak sunda yang memang tak faham sepatah haram pun....

lobby hotel


my breakfast

Leganya bila nampak erik berjalan ke arah entrance hotel, lepas check out bermulalah perjalanan ke kota cirebon....cirebon...here we come!!! we took angkutan kota.. alaaa van kecik yang selalu dalam cerita indonesia tu..memang buruk la kan tapi peduli apa janji sampai...muhahaha perjalanan ambil masa around 15minutes sebab banyak berhenti untuk ambil dan turunkan penumpang...besar jugak la bandar cirebon ni, macam biasa sebelum jalan jauh lagi kenalah isi minyak dulu kan..hehhehe tadi kan makan roti je mana cukup!!
dalam angkutan kota, pernah cuba naik?
kota cirebon...di waktu pagi

keluar je dari angkutan kota, "eriek, kita makan dulu ya!"....lapar tu...dia kata ok je... kami maju ke depan cari tempat makan yang bersih dan sedap mata memandang... akhirnya jumpa....yeeeeaaahhhh!!! kita minum duluuuuuu.... nasi lengko dengan gado-gado ayam tu best...minum pulak sudah semestinya teh botol...suka sangat, kalau datang indonesia mesti cari teh botol...i like. Tetiba datang la sekumpulan kugiran yang menyanyi depan kami...not bad!! cari rezeki halal apa salahnya kan...



nasi lengko
kugiran... bole tahan le...
Gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati lah kan.... we started walking along the road, so the first we reached was the keraton (palace). Rupa-rupanya kat sini banyak istana lama, banyak kerajaan lama tertubuh di sini and as usual bila banyak kerajaan mestilah ada perebutan kan....we went to three keratons.....


  The first keraton was not funded by the local government but the royal family are still living in that compound. Dengan selambanya, we asked permission from the family to enter the old keraton... we were lucky, they let us in and asked one of the servant to accompanied us...bestnyer!!!! tak terkata.... He brought us to the oldest building... singgahsana lama....seram tuuuuu....servant tu kata kalau malam-malam selalunya ada bunyi seolah-olah ada ramai orang dalam bangunan tu... tapi sebenarnya takde orang pun yang berani datang dekat bangunan tu even the family members pun takut... cuba tengok gambar yang kat bawah...check these out

sementara menunggu kebenaran masuk kedalam keraton

walaupun keluarga diraja ini tak mempunyai kuasa tetapi masih dihormati oleh penduduk setempat

singgahsana lama, tiada siapa yang dibenarkan duduk kat singgahsana tu...kalau diberi kebenaran sumpah takkan berani punya tengok jelah tempat tu... ngeri!!!

pelik gambar ni....ada kabus.. sereeeemmmm

Ingat kan bangunan lama ni je yang bersejarah tapi rupanya kat belakang keraton ni ada banyak perigi....setiap perigi mempunyai nama yang berbeza-beza dan mempunyai maksud yang berlainan.... kata orang gaji keluarga ni, ramai orang yang datang ke sini untuk mandi di perigi ni untuk meminta hajat...pelik jugak zaman moden masih ada yang percaya begitu....besar kawasan keraton ni rupanya, kalau tak salah ada 7 perigi semunya... 


perigi kejayaan..ramai yang datang mandi kat sini sebab nak minta berjaya dalam kerjaya..kata adik ni (orang gaji keluarga diraja)
besar rupanya halaman belakang keraton ni... creepy, walaupun siang hari

ni pulak perigi jodoh, sapa nak cari jodoh akan mandi dekat perigi, perasan tak ada bunga yang masih segar kat batu-batu tu rupanya ada orang yang datang mandi kat sini tengah malam tadi, berani giler... kena datang tengah (malam jumaat keliwon)...

eriek bagi tau rumah ni dibina satu hari satu malam...susah nak percaya...

Pelik...pelik...pelik... ingatkan dah habis dah visit kat keraton, adik tu invite kami masuk ke muzium pulak.. katanya tuan dia bagi kebenaran kami tengok koleksi dalam muzium tu, bertuah la kami ni..hehehehheh

kereta kuda yang original, nampak tak ada bekas kemenyan kat bawah tu...

senjata yang umurnya ratusan tahun...

tengoklah betapa panjangnya tombak ni...macam mana diorang pegang ni
Lepas ucap terima kasih pada adik tu, dia terus menawarkan diri untuk bawa kami ke keraton seterusnya, tak jauh dari keraton kanoman....yeeeaaahhhh... rasa macam kerabat diraja pulak..hehheehhe, the next keraton is keraton kasepuhan..keraton ni dibiayai oleh kerajaan, ramai tourists yang datang melawat tempat ni...jom kita tengok apa yang ada dalam keraton ni...

Halaman depan istana...tenang je

ini adalah balai menunggu bagi rakyat sebelum mengadap sultan

salah satu pintu gerbang yang terdapat di dalam keraton ni

wow... terdiam sekejap melihat interior istana ni

istana yang beratus tahun usianya masih dipelihara elok
singgahsana sultan.. kerusi tepi warna putih tempat duduk pembesar-pembesar, kayu jati yang berada ditengah-tengah tu adalah penghadang yang memisahkan sultan dan pembesar... pembesar dan rakyat tidak dibenakan melihat sultan secara terus dan bercakap secara terus.Kerusi yang berada betul-betul di hadapan kayu jati tu adalah tempat duduk pengantara iaitu satu-satunya pembesar yang dibenarkan bercakap dengan sultan... jauh tuuuuu

jarak antara kayu jati penghadang dengan kedudukan sultan adalah sangat jauh... tak boleh bayangkan macam mana diorang berkomunikasi.. sangat menghormati sultan (sangat mulia kedudukannya)

tengok ni...kerusi sultan nampak sayup-sayup je, ini pun dah datang dekat

koleksi gamelan yang disimpan di dalam muzium kuno ni, berbalut kain putih (ada maksud tuu)


hehehehe... punyalah besar pintu ni dengan saiz kami ni

kereta kuda yang bukan original (takde kemenyan bawah kereta ni)

tom..tom...tombak!!! hehheh setiap tombak ada kain kuning...ini bermaksud setiap tombak ni ada penjaganya masing-masing perlu diasap dengan kemenyan setiap malam jumaat...sereeemmm

tau tak ada apa dalam pagar tu?!! ada perigi, kata guide kami perigi tu tempat basuh pedang dan tombak selepas berperang...faham-faham jelah perigi tu tak dibenarkan basuh tangan (banyak darah sewaktu dahulu)

posing depan pintu masuk istana...tau tak kenapa pagar batu bata ni masih tahan sampai sekarang?!! kami diberitahu batu-bata ni dilekatkan bersama menggunakan telur kuning...wow!! menakjubkan..patutla tahan, benda-benda semula jadi