Monday, February 21, 2011

situsanasini bandung (1)

Friends... kengkawan...

Perjalanan diteruskan ke Bandung, seperti perjalanan pergi..it took around 6 hours to bandung....rehat di hotel sebab esok...banyak lagi tempat yang akan dilawati.....

Pagi tu memang bangun awal giler, excited la kan... seperti yang telah diplan dengan eriek sebelum through ym...the first destination was kawah puteh, situated in Ciwidey..Apa yang ada kat kawah puteh ni, sebelum pun nampak kawasan kawah puteh ni kita dan pun boleh bau sulfur yang kuat...sebenarnya tempat ni adalah kawah gunung yang tidak aktif, terletak kira-kira 35 km daripada bandar bandung. Pemandangan kat sini sangat cantik kerana warna air kawah disini sangat biru dan kadang-kadang berubah warna mengikut cahaya matahari...Tak ramai tourist yang datang ke sini, ramai yang datang kesini adalah local tourist...

Dari pembacaan, tempat ni dulu takde siapa yang nak datang sebab orang tempatan menganggap tempat ni angker atau berpuaka...kata orang dulu kalau burung melalui tempat ni akan mati...tau tak sapa yang menjumpai tempat ni?! kawah puteh ini dijumpai oleh Dr. FranzWilhelm Junghuhn (1809-1864). Kalau datang bandung jangan lupa datang sini tau...hehehe rugi kalau tak datang sini tau...

kawah puteh yang sejuk mata memandang


Air tasik dalam kawah ni berubah-ubah warnanya
kesan daripada cahaya matahari


Mesti amik gambar kat signboard ni... 
wisata tu apa?
wisata tu tempat pelancongan


Lepas puas habis ambik gambar...perut dah bagi signal, lunch time!! yeeaahh...kami dah buat sikit research banyak local people promote untuk datang makan di warung lela ni...so kami minta tolong pak supir untuk hantar ke sini, sesampai di gerai laila..kelihatan ramai local people...decor gerai yang menarik...so kami pun mebelek-belek menu yang diberikan, check this out...

menu yang ringkas dan harga yang affordable..
. masa menunggu pun tak lama


     dessert yang banyak options...

ramai yang makan kat warung ni...
decor yang menarik..cozy

 
ni nama dia mie baso special (daging)
mie soup ayam
nasi tien ayam

my favourite..tiramisu ice cream cake

chocolate mousse

tak tau nama apa...tapi diperbuat daripada beras

Warung Lela ni macam restaurant kopitiam kalau kat malaysia, menu yang ringkas..food presentation menarik...semua food yang kami order rasanya, best!!! harga yang affordable...pendek kata for me it was awesome!! personally i love the dessert.. tiramisu cake..teringat-ingat sampai sekarang. Waktu makan, angin kuat dan langit mendung...nampaknya nak hujan.... it was unforgettable experience...kedudukan warung lela yang di atas bukit...so u can see the whole scenery...Lepas selesai makan...tunggu hujan berhenti sekejap, baru bole gerak ke kereta, the next stop was Saung Angklung udjo..Saung udjo??!! apa tu? Saung anklung udjo adalah sekolah kesenian di bandung yang mengajar pelajarnya menggunakan alat muzik tradisional terutamanya angklung.... Oleh kerana hujan semasa dalam perjalanan tadi...jadi macam biasa lah kan macet (traffic jam).

Saung Udjo ne tempat yang patut dilawati kerana banyak yang kita akan belajar mengenai angklung and also u will have the chance to play angklung, as well as u will be entertained by the students from as young as 5 years old..kalau nak tau lebih lanjut please cari address ni ya kawan-kawan
http://www.angklung-udjo.co.id/.. later i will share a short video on the show.


sebelum persembahan bermula



the senoir students showing their talent playing angklung


Destinasi lepas saung udjo ialah rumah kakak eriek, eriek bagi tau yang kakak dia telah sediakan makanan tradisional orang-orang di Bandung, honestly, i totally forgot all the names of the kuihs..sorry ya..makan!!! kebanyakan kuih ni pulut so cepat je dah kenyang, kemudian sambil borak-borang, abang ipar erik ajak gi makan bakso yang sedap dan famous di bandung, bakso enggal malang...nama je malang tau sebab asal bakso ni dari malang...heheheh makan lagi... dari rumah kakak erik, perjalanan ambil masa 15 minit untuk sampai ke sini. Ramai yang beratur untuk makan bakso, kedai ni besar jugak..malam-malam sejuk jugak di bandung ni especially kalau hujan, so makan bakso panas-panas memang syok..

kuih-kuih tradisional di bandung...di rumah kakak erik

tak ingat nama apa, macam yong tau foo..
tapi kuah manis tapi cair

ramai yang beratur nak dapatkan
bakso enggal ni...

beginilah rupanya...bakso yang enak lagi sedap!!!

kakak dan abang ipar erik

kedai bakso enggal yang famous di bandung
...jangan lupa singgah tau bila datang sini
Bakso ni best la rupanya, no wonder ramai yang datang sini...abang ipar erik bagi tau, ramai orang jakarta yang akan datang ke bandung untuk makan-makan di hujung minggu, minum petang makan kek di bandung.. sebab kat sini banyak kek sedap..contohnya kek kukus amanda... memang sedap tidak dapat dinafikan lepas dah cuba sendiri..
kek kukus amanda yang dibeli di bandung

ni pun hanya dijumpai di bandung...
bagelen bandung..best juga
The next visit is Tangkuban Perahu.... the next post i will share with all of u about my experiences and few photos...

No comments:

Post a Comment