Tuesday, February 22, 2011

situsanasini new zealand (1)

Friends…kengkawan
Perjalanan ke Auckland, Queenstown, Christchurch dengan abah, mama, aishah dan bibik mizah…best tuuuu. Percutian yang mengambil masa 8 hari, kami mengembara dari north island ke south island, pusing habis…sebab tak tau lagi bila lagi ada rezeki nak jalan ke sini. Ticket promo yang paling murah time tu adalah Royal Brunei ke Auckland tapi harus transit ke Bandar Seri Begawan (Brunei) dan Brisbane (Australia) barulah sampai ke Auckland, nak tau brapa jam baru sampai….lebih kurang 18 jam…tak larat nak duduk!!!! Bangun tidur, bangun tidur masih tak sampai nasib baik ada cerita best kalau tak mesti nak mengamuk punya…
Balai menunggu, Brunei International Airport (1st transit)

Brisbane International Airport Australia (2nd transit)

Muka ceria lagi gembira .... everybody is wearing brown
Waktu kami ke Auckland tu time summer so beza waktu dengan waktu di Malaysia adalah lebih kurang 5 jam, siang lebih panjang daripada malam…Travelling kali ni pun budget jugak sebab kami share 4 orang so jimat belanja, aishah dah memang kat Auckland so dialah guide kami…tu pun dah kira free tau…hehehhe.. dalam post kali ini..travelling ni akan mengikut hari travelling jadi tak pening nak cerita.. sebab banyak gambar nak dikongsi. 

Arrival day (Auckland)
Perjalanan ke Auckland yang mengambil masa 18 jam akhirnya berakhir, kami sampai di Auckland International airport lebih jam 3 pagi waktu new Zealand… aishah dah arrange kan cab untuk jemput kami ke rumahnya. Sesampai je apa lagi acara tidur berlangsung…penat tak terkata. Terjaga dari tidur, aishah dah buat breakfast …yeah ada kopiiiiii… dengan pening-pening aku bangun dan terus ke balcony 
Dari balcony rumah aishah...

Parking space

Aparment terletak di lereng bukit...curam tuuu

waaaaaa…segarnya udara kat sini, walaupun summer masih sejuk lagi..waktu kami sampai di airport tu suhu adalah 10˚C..hehehhe, macam dalam fridge tu…
Mama suruh mandi dan siap-siap sebab katanya rugi tak jalan-jalan sekejap…alaaaaa..pening lagi, tapi sebab takut mama tarik muka..dengan segeranya aku mandi dan tukar baju…rupa-rupanya abah dah keluar amik angin dulu sebab tu mama jealous muahhahaha!! So kami pun jalan-jalan ke kawasan university, albert park, Bandar Auckland dan window shopping…

Sky skraper, on the way to auckland uni

dah sampai pun, Albert park

Cantik betul bunga, tau tak sebab apa?!! sebab colour purple laa..

we walked to the city centre

merry christmas!! banyak sale

kami jalan sampai ke harbour, abah and his red cap

We had our lunch di rumah classmate aishah, orang iran… baik betul hati diorang ni jemput kita orang makan kat rumah dia. Aishah’s friend mahsa and her husband menanti kedatangan kami dengan senyuman hehhehe, kami lagi la senyum lebar sebab dapat makan free, home made lagi tu..masakan iran jangan… konon-konon nak naik bas…tunggu punya tunggu bas tak muncul-muncul, aishah called her friend, tak sampai pun 5 minit ada 2 kereta jemput kami…yeeeehaaaa!! Tak payah tunggu lagi..

Sesampai kat rumah mereka…food dah tersedia, lepas buat introduction sikit tuan rumah oun ajak kami makan… apa lagi makan le..  makanan orang iran best jugak...ada kebab, pita bread...macam-macam la, pendek kata memang best makan sambil borak-borak..tak rushing..sebab cuti kan, hehehhe

food..food..fruits..chocolates..

aishah's friends

food lagi.........best!!!
Lepas balik dari rumah kawan aishah, kami pun jalan-jalan makan angin di bandar auckland.. hari pun dah nak gelap so temperature pun drop juga.. tapi ok lagi... lepas penat jalan-jalan kami ambil bas dan balik ke rumah... tak sabar esok, nak jalan jauh...tapi abah yang drive so rilex jelah!!

jalan-jalan makan angin..



ingat lagi masa ni dah start sejuk...


2nd day (Auckland - Rotorua)

Hari kedua ni kami bergerak jauh sikit, keluar dari Auckland menuju ke Rotorua..Kami sewa kereta sebab memandu di New Zealand ni tak complicated sebab semua jalan di sini mempunyai papan tanda tempat yang terang dan senang diikuti.. setiap highway menuju ke suatu tempat akan diberikan kod warna dan nombor dan InsyaAllah tak sesat, kalau sesat tak payah risau sebab the local people sangat membantu dan friendly. Jalan kat sini tak jam langsung dan orang tak berebut-rebut nak potong kereta kita walaupun kita perlahan. Pemandangan pula, subhanallah cantik tak terkata, jadi memandu ke Rotorua tak penat sebab kiri kanan jalan hijau…luas betul padang rumput dan sekali sekala lalu kawasan ternak kambing..

Perjalanan ke Rotorua, pemandangan yang membahagiakan

Padang rumput yang luas terbentang
Kami berhenti amik gambar kat pekan ni

Pekan koboi je... friendly local people

Perjalanan menaiki kereta ke Rotorua mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit, kalau berhenti ambil gambar macam kami ni… biasalah akan ambil lebih masa sikit. Apa yang ada di Rotorua ni sebenarnya?!! Rotorua bukan sahaja terkenal bagi pelancong luar negara macam kami tapi juga untuk pelancong dalam negara. Rotorua terkenal kerana aktiviti geothermal macam hot termal spring dan bubling mud pool. Macam mana kita nak tau kalau kita dah sampai, senang je… bila kita dapat bau satu macam je..bau sulphur haaaaaa, sah la tu dah sampai. Kami menuju ke Whakarewarewa village untuk melihat persembahan budaya dan bagaimana kehidupan orang maori yang tinggal di kawasan yang kaya dengan geothermal aktiviti ni..

Maori cultural show...

Persembahan yang menarik, nice costume ha..

Gunakan sebaik mungkin kurniaan tuhan...food steamer

nama kolam panas ni parekohuru..

Menariknya tentang Whakarewarewa village ni, mereka yang tinggal di dalam kampong ni adalah bersaudara (related) atuk, nenek, makcik,pakcik, sepupu, dua pupu…hehehehhe semua la kerabat diorang kat sini.. Cuma ada 2 cultural show diadakan dalam satu hari so plan your trip sebab rugi kalau dah drive 3 jam tapi tak dapat tengok show (11.15am and 2pm…if I’m not mistaken entrance ticket for an adult adalah $29 NZ dollar..banyak yang kita bole belajar daripada orang maori ni, budaya, sejarah, kehidupan seharian…pendek kata syok lah!!

dewan serbaguna diorang..cantik carving pada tiang


comel !!!

Kami singgah di pekan rotorua untuk beli souveniour sikit-sikit, especially fridge magnet lah kan... maklum suka kumpul lepas jumpa apa yang diingini, kami balik ke auckland...   








No comments:

Post a Comment