Saturday, February 12, 2011

situsanasini cirebon (1)

friends...kengkawan..

Sebelum cerita jalan-jalan di bandung....nak cerita dulu my trip to cirebon. CIREBON?!!  where in the world is this place.. sebenarnya tak plan pun nak ke sini, tapi my friend eriek told rugi kalau tak kesana sebab tempat tu bersejarah.... as soon as i landed kat Bandara Hussein Sastranegara Bandung Airport....lepas claimed baggage, dah nampak eriek tunggu kat pintu keluar, punyalah excited. Terus amik cab dan gegas ke Stesyen Bus nak menuju ke Cirebon...hometown eriek...oh ya lupa nak cerita mana la agaknya cirebon ni, Cirebon ni terletak di Jawa Barat, kota pelabuhan,  kalau naik bas adalah lebih kurang 6 jam perjalanan.... jauh giler tuuuuuu....



Sesampai di Bandar Cirebon, terus check in kat hotel yang kedudukannya bersebelahan je dengan stesyen bas, hotel amanah, budget hotel.., lepas check in janji dengan eriek yang dia akan datang balik hotel keesokan pagi around 8am iaitu 9am waktu malaysia...sebenarnya hotel ni scary giler....sorang2 kat bilik memang sangat2 menakutkan, padan muka sapa suruh pegi sorang....hahhahaha..cepatla siang hati ni berbisik, tak keluarkan satu benda pun dari beg manalah tau kan, kalau jadi apa-apa bole senang lari. Maklumla kan malam pertama jadi asyiknya tersedar, buka tv ada cerita hantu pulak...iiissshhh tau-tau je aku ni tengah sorang-sorang, kurang asam betul...

Yabedabeduuuu!!! dah pagi.... apa lagi buat apa yang patut dan bersiap sedia untuk cabut...sambil tunggu erik kat lobi diorang served breakfast. Penduduk tempatan di kota cirebon ni kebanyakannya adalah orang Sunda, ada orang jawa jugak.... so mostly they speak sunda yang memang tak faham sepatah haram pun....

lobby hotel


my breakfast

Leganya bila nampak erik berjalan ke arah entrance hotel, lepas check out bermulalah perjalanan ke kota cirebon....cirebon...here we come!!! we took angkutan kota.. alaaa van kecik yang selalu dalam cerita indonesia tu..memang buruk la kan tapi peduli apa janji sampai...muhahaha perjalanan ambil masa around 15minutes sebab banyak berhenti untuk ambil dan turunkan penumpang...besar jugak la bandar cirebon ni, macam biasa sebelum jalan jauh lagi kenalah isi minyak dulu kan..hehhehe tadi kan makan roti je mana cukup!!
dalam angkutan kota, pernah cuba naik?
kota cirebon...di waktu pagi

keluar je dari angkutan kota, "eriek, kita makan dulu ya!"....lapar tu...dia kata ok je... kami maju ke depan cari tempat makan yang bersih dan sedap mata memandang... akhirnya jumpa....yeeeeaaahhhh!!! kita minum duluuuuuu.... nasi lengko dengan gado-gado ayam tu best...minum pulak sudah semestinya teh botol...suka sangat, kalau datang indonesia mesti cari teh botol...i like. Tetiba datang la sekumpulan kugiran yang menyanyi depan kami...not bad!! cari rezeki halal apa salahnya kan...



nasi lengko
kugiran... bole tahan le...
Gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati lah kan.... we started walking along the road, so the first we reached was the keraton (palace). Rupa-rupanya kat sini banyak istana lama, banyak kerajaan lama tertubuh di sini and as usual bila banyak kerajaan mestilah ada perebutan kan....we went to three keratons.....


  The first keraton was not funded by the local government but the royal family are still living in that compound. Dengan selambanya, we asked permission from the family to enter the old keraton... we were lucky, they let us in and asked one of the servant to accompanied us...bestnyer!!!! tak terkata.... He brought us to the oldest building... singgahsana lama....seram tuuuuu....servant tu kata kalau malam-malam selalunya ada bunyi seolah-olah ada ramai orang dalam bangunan tu... tapi sebenarnya takde orang pun yang berani datang dekat bangunan tu even the family members pun takut... cuba tengok gambar yang kat bawah...check these out

sementara menunggu kebenaran masuk kedalam keraton

walaupun keluarga diraja ini tak mempunyai kuasa tetapi masih dihormati oleh penduduk setempat

singgahsana lama, tiada siapa yang dibenarkan duduk kat singgahsana tu...kalau diberi kebenaran sumpah takkan berani punya tengok jelah tempat tu... ngeri!!!

pelik gambar ni....ada kabus.. sereeeemmmm

Ingat kan bangunan lama ni je yang bersejarah tapi rupanya kat belakang keraton ni ada banyak perigi....setiap perigi mempunyai nama yang berbeza-beza dan mempunyai maksud yang berlainan.... kata orang gaji keluarga ni, ramai orang yang datang ke sini untuk mandi di perigi ni untuk meminta hajat...pelik jugak zaman moden masih ada yang percaya begitu....besar kawasan keraton ni rupanya, kalau tak salah ada 7 perigi semunya... 


perigi kejayaan..ramai yang datang mandi kat sini sebab nak minta berjaya dalam kerjaya..kata adik ni (orang gaji keluarga diraja)
besar rupanya halaman belakang keraton ni... creepy, walaupun siang hari

ni pulak perigi jodoh, sapa nak cari jodoh akan mandi dekat perigi, perasan tak ada bunga yang masih segar kat batu-batu tu rupanya ada orang yang datang mandi kat sini tengah malam tadi, berani giler... kena datang tengah (malam jumaat keliwon)...

eriek bagi tau rumah ni dibina satu hari satu malam...susah nak percaya...

Pelik...pelik...pelik... ingatkan dah habis dah visit kat keraton, adik tu invite kami masuk ke muzium pulak.. katanya tuan dia bagi kebenaran kami tengok koleksi dalam muzium tu, bertuah la kami ni..hehehehheh

kereta kuda yang original, nampak tak ada bekas kemenyan kat bawah tu...

senjata yang umurnya ratusan tahun...

tengoklah betapa panjangnya tombak ni...macam mana diorang pegang ni
Lepas ucap terima kasih pada adik tu, dia terus menawarkan diri untuk bawa kami ke keraton seterusnya, tak jauh dari keraton kanoman....yeeeaaahhhh... rasa macam kerabat diraja pulak..hehheehhe, the next keraton is keraton kasepuhan..keraton ni dibiayai oleh kerajaan, ramai tourists yang datang melawat tempat ni...jom kita tengok apa yang ada dalam keraton ni...

Halaman depan istana...tenang je

ini adalah balai menunggu bagi rakyat sebelum mengadap sultan

salah satu pintu gerbang yang terdapat di dalam keraton ni

wow... terdiam sekejap melihat interior istana ni

istana yang beratus tahun usianya masih dipelihara elok
singgahsana sultan.. kerusi tepi warna putih tempat duduk pembesar-pembesar, kayu jati yang berada ditengah-tengah tu adalah penghadang yang memisahkan sultan dan pembesar... pembesar dan rakyat tidak dibenakan melihat sultan secara terus dan bercakap secara terus.Kerusi yang berada betul-betul di hadapan kayu jati tu adalah tempat duduk pengantara iaitu satu-satunya pembesar yang dibenarkan bercakap dengan sultan... jauh tuuuuu

jarak antara kayu jati penghadang dengan kedudukan sultan adalah sangat jauh... tak boleh bayangkan macam mana diorang berkomunikasi.. sangat menghormati sultan (sangat mulia kedudukannya)

tengok ni...kerusi sultan nampak sayup-sayup je, ini pun dah datang dekat

koleksi gamelan yang disimpan di dalam muzium kuno ni, berbalut kain putih (ada maksud tuu)


hehehehe... punyalah besar pintu ni dengan saiz kami ni

kereta kuda yang bukan original (takde kemenyan bawah kereta ni)

tom..tom...tombak!!! hehheh setiap tombak ada kain kuning...ini bermaksud setiap tombak ni ada penjaganya masing-masing perlu diasap dengan kemenyan setiap malam jumaat...sereeemmm

tau tak ada apa dalam pagar tu?!! ada perigi, kata guide kami perigi tu tempat basuh pedang dan tombak selepas berperang...faham-faham jelah perigi tu tak dibenarkan basuh tangan (banyak darah sewaktu dahulu)

posing depan pintu masuk istana...tau tak kenapa pagar batu bata ni masih tahan sampai sekarang?!! kami diberitahu batu-bata ni dilekatkan bersama menggunakan telur kuning...wow!! menakjubkan..patutla tahan, benda-benda semula jadi

2 comments:

  1. wwwaaahhhh..best gila!!tapi xpuas tengok gamba ni..

    ReplyDelete
  2. kalau ikutkan hati nak je letak suma gambar tapi...nanti orang kata photo album plak...hehheh

    ReplyDelete